Warranty Kerja Aircond Hingga 3 Bulan

Kami yakin dengan kerja kami. Jika masalah yang dilindungi berulang dalam tempoh warranty, kami datang semula untuk semak dan baiki.

Buat Tuntutan Warranty

Tempoh warranty mengikut jenis kerja

Jenis kerjaTempoh warrantyMasalah yang dilindungi
Pemasangan aircond3 bulanGas aircond & air menitis
Servis & cuci aircond1 mingguAir menitis
Overhaul aircond1 mingguAir menitis

Tempoh dikira dari tarikh kerja siap. Kerja wiring dan troubleshooting tiada warranty bertulis.

Apa yang tidak dilindungi

  • Masalah selain yang disenaraikan dalam jadual di atas.
  • Kerosakan disebabkan penyalahgunaan, kemalangan, banjir atau gangguan bekalan elektrik.
  • Unit yang telah dibuka atau dibaiki oleh pihak lain selepas kerja kami.
  • Unit aircond dan alat ganti — tertakluk pada warranty pengeluar.

Cara membuat tuntutan

  • WhatsApp kami di +60 11-239 87564 dengan tarikh kerja dan alamat.
  • Sertakan gambar atau video ringkas masalah (contoh: air menitis).
  • Kami sahkan tuntutan dan jadualkan pemeriksaan semula.
Simpan resit atau mesej WhatsApp tempahan anda sebagai bukti tarikh kerja.
Soalan Lazim

Soalan Lazim: Warranty

Berapa lama tempoh warranty?

Pemasangan aircond: 3 bulan untuk gas aircond dan air menitis. Servis, cuci & overhaul: 1 minggu untuk air menitis. Tempoh dikira dari tarikh kerja siap.

Aircond saya menitis air 3 hari selepas servis. Boleh claim?

Boleh. Air menitis dalam tempoh 1 minggu selepas servis atau overhaul dilindungi warranty. WhatsApp kami dengan tarikh servis dan video ringkas.

Gas aircond habis 2 bulan selepas pasang. Dilindungi?

Ya. Masalah gas aircond dalam tempoh 3 bulan selepas pemasangan oleh kami dilindungi warranty.

Adakah wiring dan troubleshooting ada warranty?

Tiada warranty bertulis untuk kerja wiring dan troubleshooting. Jika ada masalah selepas kerja, hubungi kami dan kami akan bantu semak.

Adakah warranty melindungi unit aircond itu sendiri?

Tidak. Warranty kami untuk mutu kerja kami. Unit aircond dan alat gantinya tertakluk pada warranty pengeluar.

Kerja Berkualiti, Dilindungi Warranty

Tempah slot anda hari ini melalui WhatsApp.

💬 WhatsApp Kami Sekarang

Isnin – Sabtu, 9:00 pagi – 6:00 petang