Aircond Tak Sejuk? 7 Punca Biasa & Cara Atasi
Sebelum panggil juruteknik, semak punca-punca ini. Ada yang boleh anda selesaikan sendiri dalam beberapa minit.
Minta Juruteknik PeriksaSemak dahulu: 3 perkara yang anda boleh buat sendiri
- Pastikan remote pada mod Cool dan suhu ditetapkan 23–25°C.
- Tutup tingkap dan pintu, dan langsir pada bilik yang terkena matahari.
- Buka penutup depan dan semak filter. Jika berhabuk, cuci filter dan cuba lagi.
7 punca aircond tak sejuk
| Punca | Tanda-tanda | Penyelesaian |
|---|---|---|
| Filter kotor | Angin lemah, lambat sejuk | Cuci sendiri — lihat cara cuci filter |
| Coil indoor / outdoor kotor | Hidup tapi kurang sejuk, berbau | Servis & cuci aircond atau chemical cleaning |
| Gas kurang atau bocor | Angin keluar tapi langsung tak sejuk, ada ais pada paip | Semak kebocoran & isi semula gas |
| Remote / mod salah | Mod Fan atau Dry, suhu ditetapkan tinggi | Tetapkan mod Cool dan suhu 23–25°C |
| Unit outdoor tidak berfungsi | Kipas outdoor tidak berpusing | Troubleshooting oleh juruteknik |
| Saiz aircond terlalu kecil | Tak pernah cukup sejuk sejak dipasang | Lihat cara pilih saiz aircond |
| Masalah wiring / bekalan elektrik | Unit mati sendiri, suis panas, trip | Wiring troubleshooting — jangan baiki sendiri |
Soalan Lazim: Aircond Tak Sejuk
Aircond tak sejuk tapi angin keluar, kenapa?
Punca paling biasa ialah filter atau coil yang kotor, atau gas yang kurang. Cuba cuci filter dahulu. Jika masih tak sejuk, juruteknik perlu memeriksa gas dan coil.
Berapa kos untuk periksa aircond tak sejuk?
Caj troubleshooting aircond bermula RM80++. Jika masalah boleh diselesaikan dengan servis, kami maklumkan harga sebelum kerja bermula. Lihat senarai harga.
Boleh isi gas sendiri?
Tidak digalakkan. Gas aircond memerlukan alat tekanan yang betul, dan jika ada kebocoran, gas akan habis semula. Kebocoran perlu dikesan dan dibaiki dahulu.
Aircond baru diservis tapi masih tak sejuk?
Ia mungkin bukan masalah kebersihan — contohnya gas kurang, compressor, atau saiz unit yang tidak sesuai. Hubungi kami supaya juruteknik boleh memeriksa semula.
Perkhidmatan Berkaitan
Servis & Cuci Aircond
Cuci menyeluruh unit indoor — filter, coil & drain. Harga jelas sebelum kerja bermula, janji sampai dalam 24 jam.
Ketahui lebih lanjut →Baiki Aircond Bocor & Overhaul
Troubleshooting dan indoor overhaul untuk aircond dinding di Lembah Klang, Putrajaya & Cyberjaya. Harga jelas sebelum kerja diteruskan.
Ketahui lebih lanjut →Wiring Point & Suis Aircond
Wiring point dan suis aircond (kabel 2.5mm atau 4mm) serta troubleshooting masalah wayar. Harga jelas sebelum kerja bermula.
Ketahui lebih lanjut →Aircond Masih Tak Sejuk?
Hantar video ringkas masalah aircond melalui WhatsApp — kami bantu kenal pasti punca.
💬 WhatsApp Kami SekarangIsnin – Sabtu, 9:00 pagi – 6:00 petang