Baiki Aircond Bocor, Menitik Air & Tak Sejuk

Troubleshooting dan indoor overhaul untuk aircond dinding di Lembah Klang, Putrajaya & Cyberjaya. Harga jelas sebelum kerja diteruskan.

Tempah Slot SekarangLihat Harga
Juruteknik memeriksa dan membaiki unit aircond jenis cassette siling

Aircond bocor atau tak sejuk tidak semestinya bermakna unit rosak teruk. Banyak kes disebabkan filter dan coil yang kotor, saluran air tersumbat atau gas yang kurang. Juruteknik akan memeriksa dahulu sebelum mencadangkan penyelesaian.

Putih Services menyediakan troubleshooting dan indoor overhaul untuk aircond dinding di rumah dan premis komersial di Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Aircond troubleshooting โ€” pemeriksaan untuk mencari punca masalah.
  • Indoor overhaul โ€” penyelesaian untuk aircond bocor atau menitik air.
  • Cuci filter, coil dan saluran air jika itu puncanya. Lihat servis & cuci aircond.
Harga

Harga Baiki Aircond Bocor & Overhaul

Harga jelas sebelum kerja bermula. Tiada caj tersembunyi.

  • Indoor Overhaul (1HP)RM200
  • Indoor Overhaul (2HP)RM250
  • Aircond TroubleshootingRM80++

* Overhaul = penyelesaian untuk aircond bocor / menitik air.

Tanda ++ bermaksud kos boleh bertambah bergantung pada kerosakan sebenar. Juruteknik akan beritahu jumlah sebelum kerja diteruskan.

๐Ÿ›ก๏ธ Warranty 1 minggu untuk overhaul โ€” air menitis. Troubleshooting tiada warranty.

Tempah Melalui WhatsApp

Masalah biasa dan puncanya

MasalahPunca biasaPenyelesaian
Angin keluar tetapi tak sejukGas kurang atau habis; kebocoran pada paip atau sambungan gasIsi semula gas dan semak kebocoran
Aliran angin lemahFilter kotor dan tersumbat habukCuci filter (setiap 1โ€“2 bulan)
Hidup tetapi kurang sejukEvaporator atau condenser coil kotorChemical cleaning
Air menitik atau bocorSaluran paip tersumbat oleh habuk, lendir atau kulatCuci atau tiup paip dengan tekanan tinggi
Bau busukKulat, lendir atau air bertakung dalam trayChemical cleaning biasanya menyelesaikan masalah

Bila perlu buat overhaul?

Overhaul dicadangkan jika aircond langsung tak sejuk walaupun sudah diservis, masih bocor selepas dicuci, atau tidak pernah diservis lebih 2 tahun.

Langkah keselamatan sementara menunggu juruteknik

  • Matikan aircond jika air menitik berhampiran soket, suis atau wayar.
  • Jika ada bau hangit atau MCB trip berulang kali, matikan aircond dan jangan hidupkan semula. Hubungi kami.
  • Letak baldi atau kain di bawah unit supaya lantai dan perabot tidak rosak.
Cara Tempahan

Tempah Slot Hanya Dalam 5 Minit

1

WhatsApp Kami

Hantar mesej WhatsApp. Kami balas dengan segera pada waktu bekerja.

2

Pilihan dan Lokasi

Kongsi jenis perkhidmatan, bilangan unit dan pin lokasi anda.

3

Selesai!

Juruteknik tiba di lokasi anda mengikut janji masa. Harga disahkan sebelum kerja bermula.

ULASAN PELANGGAN PUTIH SERVICES

5.0 / 5 Ulasan Pelanggan di Google

5.0 / 5 daripada 9 ulasan Google
โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
Saya minta nak pindahkan aircond dan services. Terbaik servis. Technician pump down gas dan vacuum balik bila pasang. Semua diterangkan dengan baik.
Hairun AbdullahPindah & servis aircond
โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
Servis n psg aircond dgn harga berpatutan dan kemas... berbaloi dh. harga dan jimat.
Khairil AnuarServis & pasang aircond
โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
Mantap, semua masalah dapat di atasi dah rumah saya wiring,aircond dan paip air .
Budin 71Wiring & aircond
Soalan Lazim

Soalan Lazim: Baiki Aircond Bocor & Overhaul

Kenapa aircond saya menitik air?

Punca biasa ialah saluran paip tersumbat oleh habuk, lendir atau kulat. Paip perlu dicuci atau ditiup dengan tekanan tinggi. Jika masih bocor selepas dicuci, overhaul mungkin diperlukan.

Kenapa aircond hidup tetapi tak sejuk?

Antara punca: gas kurang atau habis, filter kotor, atau coil kotor. Juruteknik akan memeriksa untuk mengesahkan punca sebenar sebelum mencadangkan penyelesaian.

Kenapa aircond saya berbau busuk?

Biasanya disebabkan kulat, lendir atau air bertakung dalam tray. Chemical cleaning biasanya menyelesaikan masalah ini.

Berapa kos troubleshooting dan overhaul?

Lihat jadual harga di atas. Tanda ++ bermaksud kos boleh bertambah mengikut kerosakan sebenar, dan juruteknik akan beritahu jumlah sebelum kerja diteruskan.

Berapa cepat juruteknik boleh sampai?

Janji kami ialah sampai dalam 24 jam. Slot terhad setiap hari, jadi hantar mesej WhatsApp seawal mungkin dengan lokasi dan masalah aircond anda.

Harga Jelas, Janji Sampai Dalam 24 Jam!

Slot kami terhad setiap hari โ€” tempah awal untuk elakkan kecewa.

๐Ÿ’ฌ WhatsApp Kami Sekarang

Isnin โ€“ Sabtu, 9:00 pagi โ€“ 6:00 petang