Soalan Lazim Servis Aircond
Jawapan ringkas kepada soalan yang paling kerap ditanya pelanggan kami.
Tanya di WhatsAppSoalan Umum
Di mana kawasan perkhidmatan anda?
Lembah Klang, Putrajaya & Cyberjaya. Lihat kawasan perkhidmatan.
Berapa cepat juruteknik boleh sampai?
Janji kami ialah sampai dalam 24 jam selepas slot disahkan. Slot terhad setiap hari, jadi tempah awal.
Adakah kerja dilindungi warranty?
Ya. Pemasangan: 3 bulan (gas & air menitis). Servis, cuci & overhaul: 1 minggu (air menitis). Lihat polisi warranty.
Bagaimana cara menempah?
Hantar mesej WhatsApp dengan jenis perkhidmatan, bilangan unit dan pin lokasi. Waktu operasi: Isnin – Sabtu, 9:00 pagi – 6:00 petang.
Aircond saya tak sejuk, apa perlu buat?
Semak dahulu filter dan tetapan remote. Lihat panduan aircond tak sejuk.
Servis & Cuci Aircond
Berapa harga servis dan cuci aircond?
Harga bergantung pada saiz unit (HP). Jadual harga terkini ada di bahagian atas halaman ini. Harga disahkan sebelum kerja bermula dan tiada caj tersembunyi.
Berapa kerap aircond perlu diservis?
Untuk kegunaan harian, servis dicadangkan setiap beberapa bulan, bergantung pada persekitaran. Filter boleh dicuci sendiri setiap 1–2 bulan.
Apa beza cuci biasa dengan chemical cleaning?
Cuci biasa untuk penyelenggaraan berkala. Chemical cleaning digunakan apabila coil sangat kotor atau unit berbau kulat dan lendir. Juruteknik akan menasihati yang sesuai selepas memeriksa unit.
Boleh servis banyak unit sekaligus, contohnya di pejabat?
Boleh. Kami melayan pelanggan kediaman dan komersial, dari satu unit di rumah hingga beberapa unit di pejabat. Beritahu bilangan dan saiz unit semasa menempah.
Pemasangan Aircond
Adakah harga termasuk unit aircond baru?
Tidak. Harga di atas ialah caj kerja pemasangan sahaja. Unit aircond tidak termasuk.
Berapa kos pasang aircond?
Caj asas bergantung pada saiz (1.0, 1.5 atau 2.0 HP) dan ditambah caj per kaki untuk paip tambahan. Lihat jadual di atas. Juruteknik mengesahkan panjang paip dan jumlah sebelum kerja bermula.
Boleh pasang di apartmen atau kondominium?
Boleh, tetapi sesetengah pengurusan bangunan ada syarat tersendiri seperti lokasi unit outdoor dan waktu kerja. Semak dengan pengurusan bangunan dahulu dan maklumkan kami semasa menempah.
Adakah saya perlukan wiring point baharu?
Aircond biasanya memerlukan wiring point dan suis tersendiri. Jika belum ada, kami boleh sediakan. Lihat wiring point & suis aircond.
Baiki Aircond Bocor & Overhaul
Kenapa aircond saya menitik air?
Punca biasa ialah saluran paip tersumbat oleh habuk, lendir atau kulat. Paip perlu dicuci atau ditiup dengan tekanan tinggi. Jika masih bocor selepas dicuci, overhaul mungkin diperlukan.
Kenapa aircond hidup tetapi tak sejuk?
Antara punca: gas kurang atau habis, filter kotor, atau coil kotor. Juruteknik akan memeriksa untuk mengesahkan punca sebenar sebelum mencadangkan penyelesaian.
Kenapa aircond saya berbau busuk?
Biasanya disebabkan kulat, lendir atau air bertakung dalam tray. Chemical cleaning biasanya menyelesaikan masalah ini.
Berapa kos troubleshooting dan overhaul?
Lihat jadual harga di atas. Tanda ++ bermaksud kos boleh bertambah mengikut kerosakan sebenar, dan juruteknik akan beritahu jumlah sebelum kerja diteruskan.
Wiring Point & Suis Aircond
Kenapa aircond perlukan wiring point khas?
Aircond menarik arus yang lebih besar berbanding peralatan biasa. Wiring point dan suis tersendiri membantu mengelakkan kabel dan suis menjadi panas atau MCB trip.
Apa beza kabel 2.5mm dan 4mm?
Kabel yang lebih tebal (4mm) boleh membawa arus lebih besar dan biasanya digunakan untuk unit lebih besar atau jarak wayar yang panjang. Juruteknik akan mengesahkan pilihan yang sesuai.
Adakah harga wiring point termasuk suis?
Ya. Harga wiring point di atas termasuk suis aircond.
MCB trip bila aircond dihidupkan, apa patut dibuat?
Matikan aircond dan jangan cuba menghidupkannya berulang kali. Hubungi kami untuk wiring troubleshooting supaya puncanya dapat dikenal pasti dengan selamat.
Soalan Anda Tiada Di Sini?
Tanya terus melalui WhatsApp — kami balas pada waktu bekerja.
💬 WhatsApp Kami SekarangIsnin – Sabtu, 9:00 pagi – 6:00 petang